Saturday, October 17, 2009

Perjumpaan Terakhir...(sedihnyer..hehhe)

Pada 20hb Oktober 2009...merupakan perjumpaan terakhir kami pada modul Rekreasi tahap 2 ini...dah setahun kami bernaung di bawah kendalian En Muiz yg byk beri tunjuk ajar dan ilmu yg tidak ternilai..Moga2 diharapkan hubungan antara ahli2 serta pensyarah dapat diteruskan walaupun sudah tidak selalu bersua..HIDUP KELAB REKREASI UiTM!!!!!!!!!!!!!!!!!

Final Presentation & Test..(habis la...)

Pada 13hb Oktober 2009..kami telah membuat perjumpaan di pusat sukan UiTM..untuk membentangkan kertas kerja mengenai 'Ekspedisi ke Gunung Ledang'..sebelum perbentangan dibuat..kami menjalani ujian brtulis mengenai rekreasi..(soalan susah bangat!!! hehehe)..masa diberikan 30 minit untuk 5 soalan yg meerlukan tahap IQ yg tinggi (hehehhe cewah)..
Selepas selesai ujian..setiap kumpulan membentangkan kertas kerja masing2..sebanyak 4 kump telah terlibat...kesemuanya mengenai 'trip' ke pelbagai destinasi yg manarik di Malaysia...Aktiviti ini menarik dan bagus kerana dapat melatih para pelajar membuat kertas kerja sendiri disamping dapat melatih para pelajar berkomunikasi di khalayak ramai...Lihat la gambar2 ini..terpancar keyakinan yg tinggi pada wajah2 para peserta hehhehehe..

p/s..mintak maaf...gmbar xleh nak upload...xtahu la knp...error plak...

Sunday, October 11, 2009

Iktihar Hidup...






Pada 6 Oktober 2009..kami telah melakukan satu aktiviti yg tidak kurang menariknya..iaitu 'iktihar hidup' semasa berada di dalam hutan..kami telah diberi tugas untuk menyediakan sarapan pagi (xkira menu apa pon) dalam aktiviti tersebut...kesemua ahli dibahagikan kpd 4 kump yg setiap kump masing2 mempunyai 4 org ahli..
Segala persiapan dan bahan untuk memasak telah kami sediakan...agak byk jgk ye..(padahal masak sandwish jer..hehe)..setelah sekian lama memasak..akhirnya menu kami pon siap..dan En Muiz dgn tidak segan silu pon merasa dgn hati terbuka....hehe..akhirnya kump kami dapat nom 2 hehe..kira ok la...ada yg dapat nom last..rilek jer..wakakaka...
Secara kesimpulannya...aktiviti ini mmg bs..selain dpt mengeratkan silaturahim antara setiap ahli dan pensyarah..ia juga dapat mengajar kita erti berdikari...smoga aktiviti2 seperti dapat diteruskan lagi pada masa akan dtg....

Orienteering







Sememangnya kelab rekreasi sentiasa penuh dgn aktiviti yg mencabar serta menguji mental,fizikal setiap ahli2nya..Pada minggu ni kami telah menjalankan aktiviti membaca kompas..Aktiviti ni mmg best sgt..
Kompas mempunyai 3 kegunaan utama:

  1. Mencari bearing sesuatu objek yg dapat dilihat di muka bumi dan juga di peta.
  2. Meletak bearing supaya arah ke bearing itu diketahui.
  3. Meletak (mengorientasi) peta.
Kaedah Mencari Bearing
Katakan anda berada di puncak bukit.Dara ehh..dari puncak itu anda nampak sebuah pondok terletak di kaki bukit.Melihat kemudahan yg ada..anda bercadang utk berehat di pondok itu..Anda memerhati semula ke arah pondok itu..Terdapat hutan tebal di antara kaki bukit dan pondok..Jika hutan tebal itu tiada,pasti anda dpt melihat pondok itu disepanjang perjalanan.Hutan tebal tersebut telah mengganggu perjalanan anda pastiya kerfana kedudukan pondok tersebut tdk nampak semasa anda berada di dalam hutan..
Untuk atasi masalah ini..bearing kompas ke arah pondok itu hendaklah dicari..Caranya..
  1. Pegang kompas dgn masukan ibu jari ke dlm gelung kompas.Letakkan jari telunjuk di bawah tapak kompas dlm kedudukan sedikit bengkok tapi mendatar.
  2. Buka penutup kompas hingga berada dlm kedudukan tegak.Kemudian tolakkan kotak prisma hingga berada atas permukaan dial.
  3. Rapatkan kompas ke mata dan halakan kompas ke arah pondok itu.Pandang ke arah objek melalui cermin penutup dan letakkan garisan tenangan btul2 di tgh2 objek.
  4. Tanpa mengalih kedudukan kompas,lihat kpd cakera melalui prisma.Angka yg berada sebaris dgn garisan tenangan adalah nilai bearing ke arah objek itu.

Abseiling





Selepas bercuti pjg selama seminggu ( kena denggi da..)..pada minggu ini plak kami melakukan aktiviti 'abseiling' menuruni cerun bukit.Aktiviti ini telah menggabungkan kelab rekreasi tahap 1 dan juga tahap 2..
'Abseiling' merupakan aktiviti menuruni kawasan tinggi ke kawasan rendah dgn menggunakan tali..Namun sebagai langkah keselamatan,belayer akan bertangungjawab membantu individu itu pada masa2 kecemasan bg elakan kemalangan (tergelongsor).
Antara peralatan2 yg digunakan:

  1. Tali carmantle dinamik
  2. Harness
  3. Sling
  4. Carabiner
  5. Figure of eight
  6. Helmet
  7. Glove
Antara gambar aktiviti 'abseiling'..tapi ni internet pya la hehhe..



Pertolongan Cemas



Pada minggu ni kami bersama En Muiz telah menjalankan aktiviti teori (teori? ngantuknyer..hehehe) pertolongan cemas..ia serba sedikit adalah mengenai :

  1. Jenis -jenis kecederaan sukan (kecederaan lutut ,fraktur ,sendi yg beralih dll)
  2. Objektif pertolongan cemas (selamatkan nyawa, elakan kecederaan bertambah teruk dan membantu pemulihan)
  3. Peralatan asas pertolongan cemas (peti pertolongan cemas, plaster, kapas, gauze dll)
Setiap ahli telah membaca dan memberi sedikit penerangan mengenai aktiviti pertolongan cemas ini..lepas tuh..En Muiz pon bt demo sket cara2 untuk memberi bantuan awl pada mangsa yg mengalami kecederaan...Segala gerak geri En Muiz telah dapat dirakam oleh lensa kamera kami...jom terjah!! heheh


Friday, August 21, 2009

Kayak (Part 2)






Ha...pada 8 Ogos 2009 plak...kelab rekreasi UiTM sekali lagi bt aktivti kayak nih...di lokasi yg sama jgk la..tapi kali ini kami telah diberi amaran awal2 oleh En Muiz yg aktiviti kayak pada hari ini pasti akan membasahkan pakaian yg kami pakai ni..Pergh...habislah...apa la agaknyer yg En Muiz nak bt nih...Confusing btul la kami semua...so bermula pada pukul 9 pagi...seramai 7 orng sahaja ahli yang datang....yang lain balik kampung kot..biasala hujung minggu kan...
So hari ini kami suma akan diajar untuk melakukan cara2 untuk menyelamatkan diri jika tiba2 kayak terbalik di dalam air..so nak selamatkan diri ada caranya tuh...banyak jgk la kaedah yg dilakukan untuk membuang air di dalam kayak yg telah terbalik...Antaranya kaedah bentuk X, dan bentuk H..
So mcm biasala...En Muiz la yang akan bt demo dulu...perghh...mmg bes tgk...Antara kaedahnya adalah:
  1. Terbalikan kayak...
  2. Tepuk tiga kali pada badan kayak..(dalam keadaan badan masih di dalam air)
  3. Berenang keluar dengan tenang dari 'cockpit' kayak..
  4. Keluarkan air dari dalam kayak yg terbalik menggunakan kaedah X atau H bersama ahli2 lain.
Pergh...pada hari tuh mmg bes...suma air tasik dah dapat kami rasa..(ntah la air apa ntah)..hehhe...selepas itu turn ahli2 perempuan plak..ada la dlm 3 orng je yg datang..so ada chance la nak cuci mata...hhehee..
Pada ari tuh mmg letih...mau tidak hampir dekat 3 jam jgk la kayak...mmg naik muscle nih...hhehe..
Bila dah settle semua..sebelum balik kami lakukan mini ekspedisi lagi pusing satu tasik...mmg bes...so nih aku ada lampirkan gambar2...korang tgk la sendiri k..mmg bes...cayalah!!!!!!!