Sunday, October 11, 2009

Orienteering







Sememangnya kelab rekreasi sentiasa penuh dgn aktiviti yg mencabar serta menguji mental,fizikal setiap ahli2nya..Pada minggu ni kami telah menjalankan aktiviti membaca kompas..Aktiviti ni mmg best sgt..
Kompas mempunyai 3 kegunaan utama:

  1. Mencari bearing sesuatu objek yg dapat dilihat di muka bumi dan juga di peta.
  2. Meletak bearing supaya arah ke bearing itu diketahui.
  3. Meletak (mengorientasi) peta.
Kaedah Mencari Bearing
Katakan anda berada di puncak bukit.Dara ehh..dari puncak itu anda nampak sebuah pondok terletak di kaki bukit.Melihat kemudahan yg ada..anda bercadang utk berehat di pondok itu..Anda memerhati semula ke arah pondok itu..Terdapat hutan tebal di antara kaki bukit dan pondok..Jika hutan tebal itu tiada,pasti anda dpt melihat pondok itu disepanjang perjalanan.Hutan tebal tersebut telah mengganggu perjalanan anda pastiya kerfana kedudukan pondok tersebut tdk nampak semasa anda berada di dalam hutan..
Untuk atasi masalah ini..bearing kompas ke arah pondok itu hendaklah dicari..Caranya..
  1. Pegang kompas dgn masukan ibu jari ke dlm gelung kompas.Letakkan jari telunjuk di bawah tapak kompas dlm kedudukan sedikit bengkok tapi mendatar.
  2. Buka penutup kompas hingga berada dlm kedudukan tegak.Kemudian tolakkan kotak prisma hingga berada atas permukaan dial.
  3. Rapatkan kompas ke mata dan halakan kompas ke arah pondok itu.Pandang ke arah objek melalui cermin penutup dan letakkan garisan tenangan btul2 di tgh2 objek.
  4. Tanpa mengalih kedudukan kompas,lihat kpd cakera melalui prisma.Angka yg berada sebaris dgn garisan tenangan adalah nilai bearing ke arah objek itu.

No comments:

Post a Comment